Pages

Tuesday, February 11, 2014

Bebola kentang

Bismilahhirahmannirahim.

Khas buat penggemar bebola,tak kisah la bebola ikan,ayam,daging mahupun bebola sayur.Saya yakin ramai yang suka makan bebola ni.Cuma kalo beli kat kedai tu pastikan ianya dari sumber yang suci dan halal.
Ermm kalo rase kurang yakin dengan yang segera kat pasaran tu meh tengok resipi ni dan DIY,baru confident nak makan kan kan?

First sekali rebus beberapa ketul kentang bila dah empuk lenyek-lenyek sampai hancur,pastu masukkan sedikit gandum dan jangan lupa masukkan juga Ikan bilis sambal kering.Uli sehingga tepung tidak melekat
pada bekas adunan dan buat lah bulat-bulat cam bebola tu.
Bila siap buat bulat-bulat rebus dalam air mendidih dan bila nampak terapung di permukaan ,angkat dan toskan.Siap,boleh buat banyak-banyak simpan dalam peti ais.Senang kan?
video
Opps kalo untuk makan goreng boleh lah salut dengan nestum,oat,atau serbuk roti.Kalo guna nestum satu dapur lah bau nestum hehehhee.Tengok video ni ,buat masa panas ye.
video


Dan ini hasilnya,,,,,,,,,,,
ini yang tak bersalut apa-apa boleh buat masak sup atau mee goreng.
ini yang dah bersalut nestum,untuk goreng dan cicah sos.

Selamat mencuba :)




Untuk pertanyaan & tempahan Ikan bilis sambal kering:

✉ Email: suranifatah@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-9293747



No comments:

Post a Comment